Assalamualaikum w.b.t.
Antara dua perkara berbeza bagaimana kamu fikir dan memilih?
Aku ingin tahu jawapan dan pilihan kamu tapi aku tidak tahu bila akan kamu beritahu perkara itu
tapi ini coretan jawapan dan pendapat aku yang suatu hari nanti untuk kamu jika soalan ini dituju untuk aku.
"Sebenarnya mana yang jadi pilihan sahabat atau seseorang yang istimewa...mana satu yang menjadi keutamaan kamu".
Sahabat jika dia adalah yang terbaik pada kita,kita terima baik dan buruk dia seadanya.
Dengan dialah kita seperti adik,abang atau kakak.Gembira,senang,suka,duka,sedih,kecewa dan gaduh kita tetap bersama.Jika dia sahabat baik kita,dia adalah tempat kita bercerita dan mengadu seperti keluarga kita boleh cerita apa pun dia sudi mendengar.
Walaupun dia tidak dapat menyelesaikan masalah kita,cuba kita ingat dari mana datangnya keberanian dan kelegaan kita selepas itu? Dialah yang memberhentikan air mata kesedihan,kebengangan,kemarahan atau apa pun yang kita rasa waktu tu.Kita bangkit kerna adanya seorang sahabat di samping kita yang masih memberi semangat,nasihat dan pendapat walau apa pun keadaan kita.
Kadang kala jika hati ada terasa sesama sendiri,kita masih boleh menerima sakit itu dengan senyuman seikhlasnya atau mengalah.Sahabat adalah orang yang kita sentiasa senang,memberi pertolongan,melindungi dan menghargai sesama sendiri.
Jika kita ada orang yang istimewa,sayangnya berbeza dan layanannya juga berbeza.Mungkin dia juga adalah jodoh Tuhan untuk kita,pada dia juga kita bercerita tentang banyak perkara mungkin hampir semua tentang hidup kita.Mungkin dia juga yang kita sayang hampir setengah mati,menjaga hati seperti menatang minyak yang penuh.
Hatinya seperti kaca,takut walaupun sedikit untuk kita guris dengan sengaja.Bila berjumpa banyak ketawa gembira dan senyuman mesra.Banyak perkara yang mengembirakan ingin dibuat bersama...adkalanya juga bila tiba masa hati terasa,masanya lebih lama untuk baik dari bersama dengan sahabat kita,itu bukan keburukan tapi itulah bezanya.
Sewaktu itulah hati hampir tidak keruan sepanjang masa fikir bagaimana untuk menyelesaikannya,semua perkara serba tidak kena.Siapa yang kita ada jika bukan keluarga dan sahabat di samping kita untuk menenangkan dan barulah kita dapat fikir dengan tenang bagaimana untuk mulakan kata kepada yang istimewa.
Aku berterus terang disini,aku tidak pandai mana untuk berbicara tentang yang istimewa lebih kerna aku pun tiada siapa-siapa untuk digelarkan itu selain sahabat baik yang aku ada buat masa sekarang adalah yang teristimewa.Bagi aku antara dua ini adalah sangat berbeza,jika aku perlu buat pilihan suatu hari nanti percayalah sejujurnya aku berkata Insyaallah aku akan kekalkan keduanya disisi sampai bila-bila.
Aku tak mampu untuk buang salah satu pun,kerna aku tidak mahu melukakan dan terluka.
Masa depan siapa yang tahu,hingga kini aku tidak berubah dan setia dengan pendirian untuk bersahabat dan aku sentiasa ada bila kamu memerlukan aku.
Aku sayang untuk putuskan satu pertalian silaturrahim yang tercipta,janganlah kamu membuang aku kerna aku tidak pernah terlintas sekali sepanjang persahabatan untuk membuang kamu.Mungkin kamu melihat aku seperti tidak menerima yang baru,aku ingin kamu tahu apabila waktu aku,kamu dan sahabat kita itu adalah masa untuk kita.Aku masih ada teman lain juga,setiap kali menjelajah aku pasti akan berkenalan dengan telatah baru.
Jika jodohku yang kamu pertikaikan,tidak salah untuk bertanya malah aku gembira kerna kamu mengambil berat tentangnya.Masa depan jodohku Allah yang tetapkan,aku juga mencari kerna aku juga ada hati,janganlah kamu menyalahkan atau merendahkan diri kamu mungkin sekarang belum tiba masanya.
Jika sudah ada,kamu sahabatku yang pertama yang akan aku beritahu.
Setiap perkara ada penyelesaiannya,jika kamu tidak mahu berterus terang janganlah kamu bertidak sedemikian lagi bukan aku lebih gembira malah aku tertanya-tanya saban hari dan mula berhenti berkata-kata seperti orang bisu juga senyuman yang kamu inginkan itu tidak akan terukir.Kamu berjanji dan aku harap kamu pegang hingga mati.
Kita sahabat kan seperti mana kita cipta.
11.30 PM
Monday, 18 November 2013
Tuesday, 5 November 2013
Hanya Cerita
Assalamualaikum w.b.r....
Lame tak update blog ngn cter2,skang ni musim cuti skola
so byak knduri kawen n 2 mnggu lpas pakcik aku slamat di ijab kabul kn
di Pahang,alhamdulillah...dan sabtu lpas kawan masa aku
skola mnengah dlu pn alhmdulillah dh slamt mnjadi isteri orng..
sebut psal knduri kawen,aku yg blja Culinary art ni ade
sorng best friend aku ni,die pndai wat fruit curving n bru ni die
sebut kt aku klo ade sdare or kawan or spe2 related nk
kawen or what ever event,klo prlu fruit curving pnggil la die buat..
so lpas ni aku akn promote die kt smue orng spe2 nk mjlis
nk fruit curving bleh bg tau aku n aku akn mntak die wat
(have to pay k)kirenye ni nk niaga kcil2...
p/s: Decenber 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)