Sunday, 22 June 2014

Konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tahun 2014 dan half of the year pun sekarang.
Semua perkara jadi dalam sekelip mata sahaja,ingin imbas apa yang terjadi pada awal tahun hingga sekarang. Ye!! yang semangat nak coretkan kat sini, 13 January yang pun dah lepas adalah
tanggal bagi 'hari jubahku' wat julung2 kalinya yang telah berlansung di Dewan Merdeka,PWTC.


Seminggu sebelum baru la nak gelabah nak pakai ape nanti,last kali aku capai je drees
braidsmaids yang ditempah oleh kak hanum untuk pernikahan dia 31hb January dengan green light dari dia sendiri.
Tibanya 'hari jubah',seawal 5.30 pagi dah terjaga tapi macam hari2 biasa aku akan lena balik
yang kononnya "1/2 jam lagi lah" poyo kan. 6 lebih baru la gelabah nak bersiap,nak gosok drees
baru nak cari hanger and plastic la apa la kan, dengan mata kejap2 tengok jam estimate time bas rapid
maklumlah kita ni serba kekurangan bujang plak tu tak pandai drive.


Jam pun dah 7 lebih nak pukul 8 akhirnya naik teksi je,rezeki duduk dekat ni kan,dari Ampang ke PWTC
takde lah jauh mane sekarang ni ikut higway je.Ummi dan Tasnimah (adik) akan datang tengah hari
sebab pagi ni cuma reheasel dengan ambik jubah je,pelik? maklumlah kita kolej cikai je
tu pasal la nak konvo baru dapat jubah tu pun sewa tak sampai satu hari.






Ni la adegan2 masa reheasel,nampak sangat endah tak endah je ape orang kat depan cakapkan.
Waktu sampai kat depan PWTC tu gelabah juga sebab housemate aku yang lain tak kelihatan,
nak jadikan cerita la jugakan pagi2 lagi dah tengok muka orang kita malas nak tengokkan.
Dah tahu tak suka tengok muka aku tak payah tanya aku apa2 pun tak apa,tak terkilan pun aku
tak dapat bercakap dengan orang macam ni.


Lepas dah dapat call Che'a yang baju biru tu,aku terus blah dari situ masuk dalam cari dia kat atas.
Masa yang sama yang lain pun sampai juga,lepas dah habis reheasel sampai pukul 11.40
macam tu perut dah main musik rap carilah la makanan.Sebabkan kejar masa dan tempat makan yang jauh kat luar tu beli je lah nasi lemak PWTC ni,nasi lemak bungkus daun pisang tau RM 3 hah ko !
Tepi jalan RM 1 sebungkus,sambal bilis je.Masuk PWTC tu harganya,air mineral tak tahu la
sebab pihak kolej dah sediakan dan menu lain yang dijual nasi campur,mee goreng semua
tak tahu lah berapa la kan kalau nasi lemak bleh jadi RM 3 hahaha....


Lepas makan terus pegi salin pakaian tuk konvo, Alhamdulillah senang je baju sarung je kan.
Shawl pun tak yah iron dari rumah,aku ni pun bukan jenis mesti mekap macam orang lain.
Setakat eyeliner dengan lipstick atau lipbalm cukup la bagi aku,tapi lama juga rasa dalam toilet
tak tahu kenapa kuwang kuwang kuwang....
Dah keluar tu,semua aku tengok dah berjubah...tak sabar nampaknya dorang ni,boleh tak si Fitri ni
panggil aku,khamisah dengan Che'a semata-mata nak tanya "macam mana nak pakai benda alah ni?"
Ingatkan nak kenalkan dengan family dia ke ape,orang tengah serabut pala kesini kesana
dengan Ummi tak sampai lagi berapa minit lagi nak pukul 1 barang banyak2 nak letak kat mana...


Lepas diarahkan semua beratur kat tingkat 5 baru lah semuanya bergerak,
masa tu lah tag nama untuk bagi kat MC jap gi hilang dengan Che'a pun sama.Gelabah cari Chef Muaz selaku teknikal hari tu nak buat nama baru,punya lama kitorang beratur tak tahu lah apa yang jadi kat
dalam dewan kat bawah tu.Ummi baru sampai plak masa tu,dia kate nak zohor dulu,after that
barisan pun bergerak turun untuk masuk ke dalam dewan pukul berapa pun aku dah tak
tengok jam dah.


Berjalan turun naik tangga cover je ni tak terpijak dress aku,maklumlah control ayu tak pasal
nanti jadi bahan untuk convo batch aku hahaha.
Intro slide terbaik gak sebab lagu best "Standing In The Eyes of The World",gambar semua yang baru2 masuk termasuk la gambar aku waktu food fiestival kat kolej. Lagi2 gambar Khamisah pun ada
dia menjadi pelajar contoh selama beberapa tahun dia belajar kat FIM
pergi competition wakil kolej.



Ni lah Kamisah,dapat bagi ucapan tau,berbangga lah.





Ni Che'a,comel kan tengok la kawan sape XD



Ni Fitri,member baik waktu practical



Tangan aku memang tak reti nak duduk diam la citernya asyik ambik gambar kawan2 ambik
sijil kat atas pentas siap ada video masa intri slide show.
Niat nak share dengan Thooreq Zieyaad kat Kedah tak dapat nak convo sekali,
gambar aku kat atas pentas tak ada sapa pun minat nak ambikkan even Haziq hahaha.
Why nak mention dia? suka hati lah, adalah sebabnya kalau tak bukan suka suki nak mention
nama anak orang. Gambar Aloy tido waktu orang berucap kat depan pun aku ambik
siap masukkan dlam instagram lagi yang banyak sangat gambar atas pentas aku collage kan je.


Seronok ada semua ada lah,even dah convo aku masih jadi tempat bertanya kawan baik aku
yang sorang ni,aku tak kisah dengan dia sebab tak ada orang lain yang selalu tanya aku itu ini and mintak tolong untuk buat benda yang dia malu nak tanya kat orang.Aku suka sebab itu tandanya dia lah orangnya,
pelik kan ayat aku pandai2 lah faham sendiri.


Aku tak sempat makan sangat pun waktu convo sibuk cari kawan cepat sangat nak balik
tak retilah nak balik lambat walaupun convo kan,sempat sumbat meatball 2 biji je.
Itu pun sambil makan sambil buat kad ucapan untuk Haziq and Kak Diana selit kat bunga
nak bagi kat diorang sampai Aunty Amah cakap "sibuknya jannah" hah malam tadi nak buat
lipat2 je tak sempat nak gam tulis2 time tu pulak Haziq nak datang kat meja nak ajak
pergi ambik sijil kena halau hahaha aku suruh dia patah balik sorry lah Bro you suka
buat jannah punya supprise tak jadi.


Masa aku bagi tu sebelum nak naik pergi ambil sijil,muka nganga tak cakap apa,
aku memang suka buat supprise untuk diorang dua
"terima kasih Jannah,sorry akak tak bagi Jannah apa2" masa bila aku mintal apa2 ntah la.
Aku suka bagi diorang apa2 bila aku rasa nak bagi,Haziq tak yah tanya memang mute terus
pastu nak cepat aja masa tu.Pastu malam waktu borak dalam fon baru tanya,siapa beli bunga macam tau2 je bukan kau yang beli.Bunga kat PWTC masa tu memang tak ada hati nak beli pun.
Nampak tak special betul korang ni kat aku,dapat bunga pilih tau bunga dah siap bungkus
cewaah...seminggu busuk dah kan,kalau aku sentimental,aku keringkan kepik kat tengah buku
simpan sampai aku mati tuh,sweet dak of course la kan.


Tak semua orang macam aku tu sebab aku buat kad origami bentuk jubah convo tu
disitu lah function dia hahaha,so simpan la sampai korang mati aku puan akan amat menghargai
kalau korang simpan. Lepas semua dah habis,kawan semua dah belah baru aku balik,yes memang pesyen
aku orang terakhir akan balik dari sesuatu majlis yang ada kawan2 macam tu
sebab aku takut terlepas sesuatu poyo lebih.




 Ni Zarief@Bob,"jannah kita dua tak ambik gambar lagi"
katanya.



The siblings,a very good best friend for ever in my life <3
Haziq n Kak Diana




My Ummi and Aunty Amah
love you a lot




 My adik sibuk nak penggang bear tu,teringin la tu
It's from my auntie for my convo,thanx




 This from my Ummi,tak guna lagi sampai sekarang




Dah balik rumah semua,ada jugaklah rupanya yang terlepas nak ambik gambar rupanya walaupun
dah depan mata,aku ni sampai orang nak tutup counter sewa jubah hah posing,gambar
housemate tak ada dengan Burr yang lain lagi tak tau lah.Happy2 ada jugaklah tak sedap dengar bila nak tido malam kan tapi nak wat camne benda dah lepas pun,Haziq kata jam tangan
birthday present aku bagi tu hilang waktu dia tertinggal dalam toilet lepas tukar baju convo.
Terkilan of course lah sebab benda tu aku jadikan sepasang dengan yang aku punya pastu sekarang pandai
mintak present jam lagi hahaha,aku nak kumpul duit betul2 beli yang satu dia akan
sayang untuk pinjamkan dan hilangkan sebab dia yang nak jam.



So the story of Convo Day end kat sini lah after this citer lain plak,aku citer gak pasal convo ni sebab
aku dah lama giler tak update blog ni walaupun convo tu dah lapuk.Maybe aku ada tertiggal something but tak apa lah aku ni pelupa orangnya nak ingat kejap2 tu memang susahlah.
Aku pun tak pastilah ada ke orang follow blog aku ni,sebab dulu aku tak merapik sepanjang macam ni tau.
Berakhirlah aku sebagai student FIM di Kelan Jaya,suka duka 2 tahun setengah,
belajar exam sama2 tiru,sahur puasa raya,rumah sewa,outing,bola pagi2 buta,breakfast,sharing story,
new friend become best friend,love story,practical,perang everything lah banyak sangat.


To Be Continue.........

Hahahahahahahaha.....^_^