Sunday, 15 May 2016

Sebalik Itu

15 May 2016
Sunday
11:20 PM


Manusia tidak sempurna
Dalam ketidaksempurnaan
Mencari jalan untuk setiap yang dilakukan
menjadi sempurna

Kadang-kadang berlaku di antara perjalan
mengejar kesempurnaan itu KESILAPAN

Tapi sedarkah yang melihat
yang mengata dan bersangka
Dia dalam perjalanan ke arah kebaikan itu
hanya kerana untuk tatapan kita?

Sedarkah kita yang dia ingin menjadi lebih baik
seperti yang selalu diperkatakan?
Seperti yang selalu kita perkatakan?

Kenapa.....

Kenapa kita memandang apabila
berlaku kesilapan, tersilap jalan
Kenapa kita tidak pandang
selama ini dia berjalan ke arah mana.