Thursday, 29 October 2015

Dua

29 October 2015
Thursday
1.08 am
Hati


Dulu...
Kamu biasa manjakan aku pada kamu,tidak berenggang jika mahu bersantap bersama, panggilan apa kamu yang tanya, makanan tiada erti yang 'aku punya', tidak pernah untuk tidak ambil tahu soal diri, tidak pernah setiap perkara tidak ditanya 'apa, bila dan kenapa', sekadar mahu berjalan petang juga mahu, hantar pulang malu kamu yang mahu, hujung minggu pantang aku kata 'tak da buat apa', jika aku diam kerana terasa kamu juga sama kerana aku tak mahu pandang sebelum pulang, tak sah pesan setiap kali jumpa 'balik msg eh' kita tak pernah habis bersembang. Jika bertelagah tak pernah ada makian cuma maaf yang datang, tak pernah tidak berajak sesama kita untuk ke mana-mana kerana kita selalu ada untuk kita berbanding yang lain.

Kita jujur dan telus, merajuk depan teman-teman tak apa. Tak pernah tak tungggu, tak lekang pertanyaan "kat mana?". Balasan pesanan ringkas "ye saya" "ye adk" / ye abg". Kita tak pernah bosan tanya soalan yang sebenarnya memang bosan setiap hari "dah makan?" "kenapa belum" "tunggu adk/abg la kata nk makan sama arini" "nanti kita makan burger sama2 eh" "adk happy tak".


Kini...
Di mana jujur dan telus kita sebelum ini,di mana cerita bahagia sentiasa selama ini, apakah dosa aku pada kamu selama ini, di mana manja mu abg pada adk, di mana seperti setiap masa aku rasakan kamu mencari aku mengadu dan segalanya, di mana kita yg sebelum ni. Siapa yang berubah kini, kata siapa yang kamu turutkan didalam bisu abg. Kamu sanggup lukakan hati seseorang yang kamu tahu takkan paling darimu sebagai sahabat dan keluarga selamanya. Siapa dan apa yang kamu takutkan.

Jangan kamu samakan aku kini dengan yang lain, kasar itu sebenarnya yang membuat aku berubah mimik muka setiap masa didepan teman lain. Kamu adalah pencetus utama pada diri, jika dulu kamu mampu tahan tidur sebumbung dengan seorang yang cemburukan persahabatan ini kenapa kini kamu kerutkan kening mu abg setiap kali aku memanggil mu di hadapan teman-teman. Siapakah sebenarnya aku kini. Setiap kali bersama yang lain kamu berubah sanggup tinggal aku adk sendiri, adakah kamu takut kata-kata hati lain "H ni kenapa mesti nak bawak jannah". Kamu snggup biarkan air mata dan esakkan sindirian kerana kelakuan kamu dan kamu tidak peduli.

Pesanan ringkas yang dulu kamu tak penat untuk balas, tak pernah tiada walaupun satu jam, panggilan tak pernah lepas waktu, jika salah seorang terlepas pandang miss call lebih dari 10, pesan berjela ayat merajuk "ada orang dah lupa abg"/"ada orang tu kan dah tak ingat adk" "janganlah cakap macam tu,sorry tak perasan bukan lupa"
kiniberhenti........

"Jannah tak yah lah tunggu H lagi"
"tak yah lah panggil abg lagi panggil H,tak pe"
"kenapa jannah?"
"H bukan baik pun, carilah pengganti......."

Aku sendiri sudah mati kata untuk luahkan pada kamu sedangkan dulu kamulah peminta cerita setia. Kamu berhenti bertanya, kamu mula tanya niatya untuk tahu jika aku bercerita di belakang kamu, kamu membuat seperti aku takkan tahu apa niat kamu, kamu mula berahsia "takpa lah biar H je yang simpan" kamu mula bersangka tanpa bertanya terus pada aku, kamu lebih mendengar pada mulut lain daripada aku.

Abg dah tak percaya pada adk kan? kerana peristiwa yang berlaku tapi abg sendiri lihat keadaan penyesalan semasa segalanya adk luahkan. Tapi adk rasa hukuman abg pada adk tak pernah berhenti dan abg masih tidak sedar adk relakan segalanya yang abg inginkan dan lakukan pada adk.
Kata-kata abg, bahasa abg, layanan abg.........
Abg tahu tak maki atau cacian boleh matikan pohon yang besar yang hidup berdaun apatah lagi hati seorang insan, apapun keadaan sekali pun sebenarnya tiada siapa yang mengajar kita mengunakan kata-kata kesat pada sesiapapun.

Adk tak sempurna tapi adk tak pernah ajar orang tuk jadi buruk seperti adk pernah jadi dalam hidup, adk tak pernah kata apa yang buruk pada diri adk kerana orang lain.
Adk sayangkan silaturrahim yang kita sama-sama ikat, jangan biarkan adk sorang je yang pertahankan.

Janagn.....

Monday, 22 June 2015

Buta

22 June 2015
Monday
8.45 PM
Persanda

Assalammualaikum w.b.t.
Jika bercerita tentang hidup, hati, sayang dan cinta terlalu banyak persepsi ertinya tidak cukup untuk diertikan hari ini, esok, lusa atau bila2. Aku Ibtisam Jannah Binti Abu Bakar penghuni dunia Tuhanku (ALLAH) seorang hamba Tuhanku yang lemah di hati. Hampir empat tahun menyayangi seorang teman yang datang tika ku tersungkur oleh cabaran hidup mencintai bagai saudara (abang) sendiri yang bangunkan ku. Mempunyai cinta hatinya sendiri sebelum aku ditemui, pertama kali hampir kagum melihat seorang lelaki mencintai kekasih hati tika umur itu yang baru kenal cinta. Siapa aku untuk kagum seorang manusia lain walaupun dia sahabatku, aku sekadar menghormatinya, hidupnya dan juga jalannya

Terlalu banyak yang jadi selama tempoh ini, aku sendiri terpaku pejam celik ku sudah di sini lamanya ku bertahan hampir jatuh lagi dengan cerita hidup yang kini. Terlalu banyak aku mengubah diri untuk ukir senyuman pada yang dikasihi, aku sendiri boleh kata yang diri sanggup (....) demi mu jika itu yang terakhir perlu dilaku aku jika aku tidak beriman dan beragama. Aku hanya ada Umi ku, Tasnimah adik ku yang masih peduli, kamu selalu kata kamu mahu bantu ku tapi tahukah kamu terlalu lama aku ingin minta bantuan mu itu untuk mencari Abah ku? Kamu berubah dalam sekelip, terlalu banyak rahsia dan kita lupa janji-janji seperti kata melayu 'janji tinggal janji' tapi jangan kamu halang untuk ku lunaskan janji ku sendiri pada kamu jangan kamu ungkapkan lagi "tak pe la Jannah, tak kisah pun".

Mahukah kamu tahu satu ketika tika ku menegenali nama UU hatiku hampir menyayanginya seperti ku menyayangi mu? Adakah kamu pernah lihat bagaimana pandangannya tika ku berdiri didepannya tiap kali? BOTC Penang, Anggerik Mall, kenduri Zulaikha. Aku untuhkan diriku kerna kamu, aku tak pinta balasan darimu aku mahu kamu lihat kenyataanya. Aku ni siapa pada matanya? bertapa aku rasa hina dan dihina sesama kaum Hawa kerana tiada penjelasan yang jelas yang kamu pernah beri padanya. Jantungku selalu seperti mahu meletup jika dia tidak senang, padaku dia tidak pernah menerima aku sedikit pun dari dulu hingga sekarang dan kini terjadi pula begini aku di sini tak mampu laku apa-apa kamu juga tiada kata-kata untuknya. Beritahunya beranikan diri mu wahai sahabat wahai abg ku, katakan diri ini umpama seorang adk dan sahabat terlalu banyak kerja bersama. Soalan 'kenapa aku' darinya kamu perlu beritahu 'jika tidak mengerti, fahamilah wahai sayang jika tidak mampu menerima luahkan yang terbuku kenapa tidak suka antara kita tiada rahsia.'

Aku mahu kamu tahu wahai abg ku, aku tiada perasaan cemburu pabila kamu bersamanya kerna aku mengajar diri ku begitu kerna dia dulu bertahta dan kita temu bukan jatuh hati kern cinta tapi oleh kerana Tuhan temukan aku dengan seorang sahabat dan aku mahu kamu tahu wahai abg, aku cemburu jika kamu lebihkan layanan tidak sama seperti aku terima pada teman lain, aku cemburu jika kamu pinta pertolongan teman lain bukan padaku jika aku mampu lakukan perkara itu. Memang ku tidak senang ku tidak berharta seperti mereka punya kereta dan wang yang mampu kemana saje bila mahu. Aku ingin mengaku sendiri walaupun kamu katakan aku bangga dan perasan diri, aku belajar setia bagaimana kamu setia disisinya aku tahu, begitu juga selama ini disisi kamu sebagai seorang adk sebagai seorang sahabat yang tidak mampu lihat sahabatnya seorang abg susah walaupun sikit jika kamu perasan aku tidak pernah kedekut untuk keluarkan kata 'nanti Jannah tolong okay' walaupun jawapan mu kedengaran tidak memerlukan aku tahu setiap kerja itu tiada yang disiapkan tanpa sokongan. Aku tahu bantuan aku tidak sebesar mana di mata sesiapa.

Percayakah kamu jalan kerjaya yang ku impikan sudah dipesongkan oleh sayang yang ku dapat dari Tuhanku pada kamu, aku percaya ada hikmahnya. Terlalu banyak peristiwa antara kita tentang kamu dulu dan perubahan kamu kini, cerita aku jatuh cinta setiap kali hingga kini, hanya kamu pendengar pertama setiap ceritaku dan aku tidak pernah jemu dengar kamu kata 'citer la Jannah, Jannah tak citer pun kan.' Jika selalu kamu selalu meredakan aku pabila ku terasa dengan teman lain dan air muka ku berubah masa itu juga 'Jannah merajuk ke? kenapa? yeke,okay kita jalan sama nak dengar Jannah citer kenapa.' Jannah okay tak? kenapa tak jalan ngn dorang? owh,tak pe lah sabar eh. H kan ada. aku tidak pernah minta lebih selain dari perhatian kamu, aku tidak perlukan harta untuk menyayangi aku tidak mahu itu semua aku mahu hati yang senang dan orang-orang yang ku sayang dalam dunia juga sama.

Mana kamu? mana kamu yang redakan terasa hatiku kerna orang lain, mana kamu yang tak peduli kata orang di tebing telinga kerna kita ada kita, mana kamu yang selalu kata 'tak pe lah dorang tak tahu pasal kita,dorang tak tahu citer sebenar.' mana kamu yang peduli makan minum seorang adk, mana kamu seorang abg yang hanya manja dan merajuk ingin aku pujuk mana kamu bila ulang tahun tak perlu tanya padaku lagi. Jangan kamu ulang lagi 'Jannah cari la kwan baru abg yang lebih baik dri H. Jika benar kita punyai talian darah adakah talian itu boleh diputus-putuskan hubungan adik beradik, aku anggap kita seperti benar kerna itu aku mahu mengenali keluarga walaupun hingga kini aku masih ada rasa malu

Percayakah kau jika aku katakan yang aku ada juga impian untuk beri 'belon pernapisan nafas' ku sendiri pada kamu jika ia termasuk dalam kategori yang boleh dipindahkan agar kamu tidak perlu sedut gas Ventolin yang kamu beli sebulan berapa kali agar kamu tidak penat untuk bernafas lagi. Tahukah kamu bertapa siksanya aku mengenag kamu bila tahu kamu tidak bersuara pada Mak Ayah yang kamu sakit. Aku tak mahu cemburu buta atau biasa untuk cemburukan cinta hati, pada kamu aku tidak mengerti perasaan itu tapi aku tidak mahu perasaan itu yang binasakan diri.. Aku selalu berdoa' agar kamu dapat menbimbing cinta hati mu sebaiknya pabila mendirikan mahligai cinta mu nanti, tegaslah seperti kamu mengajarku ini 'Cuba dengar cakap H ni.' Kamu seorangsahabat dan abg yang bertakhta di hati ku. Aku tidak pernah meninggalkan kamu, jika suatu hari aku hilang percayalah aku masih ada tidak akan pernah meninggalkan kamu sendiri.


Aku masih berharap penerimaan tulus daripadanya, aku perlu sokongan mu wahai abg.