Thursday, 29 October 2015

Dua

29 October 2015
Thursday
1.08 am
Hati


Dulu...
Kamu biasa manjakan aku pada kamu,tidak berenggang jika mahu bersantap bersama, panggilan apa kamu yang tanya, makanan tiada erti yang 'aku punya', tidak pernah untuk tidak ambil tahu soal diri, tidak pernah setiap perkara tidak ditanya 'apa, bila dan kenapa', sekadar mahu berjalan petang juga mahu, hantar pulang malu kamu yang mahu, hujung minggu pantang aku kata 'tak da buat apa', jika aku diam kerana terasa kamu juga sama kerana aku tak mahu pandang sebelum pulang, tak sah pesan setiap kali jumpa 'balik msg eh' kita tak pernah habis bersembang. Jika bertelagah tak pernah ada makian cuma maaf yang datang, tak pernah tidak berajak sesama kita untuk ke mana-mana kerana kita selalu ada untuk kita berbanding yang lain.

Kita jujur dan telus, merajuk depan teman-teman tak apa. Tak pernah tak tungggu, tak lekang pertanyaan "kat mana?". Balasan pesanan ringkas "ye saya" "ye adk" / ye abg". Kita tak pernah bosan tanya soalan yang sebenarnya memang bosan setiap hari "dah makan?" "kenapa belum" "tunggu adk/abg la kata nk makan sama arini" "nanti kita makan burger sama2 eh" "adk happy tak".


Kini...
Di mana jujur dan telus kita sebelum ini,di mana cerita bahagia sentiasa selama ini, apakah dosa aku pada kamu selama ini, di mana manja mu abg pada adk, di mana seperti setiap masa aku rasakan kamu mencari aku mengadu dan segalanya, di mana kita yg sebelum ni. Siapa yang berubah kini, kata siapa yang kamu turutkan didalam bisu abg. Kamu sanggup lukakan hati seseorang yang kamu tahu takkan paling darimu sebagai sahabat dan keluarga selamanya. Siapa dan apa yang kamu takutkan.

Jangan kamu samakan aku kini dengan yang lain, kasar itu sebenarnya yang membuat aku berubah mimik muka setiap masa didepan teman lain. Kamu adalah pencetus utama pada diri, jika dulu kamu mampu tahan tidur sebumbung dengan seorang yang cemburukan persahabatan ini kenapa kini kamu kerutkan kening mu abg setiap kali aku memanggil mu di hadapan teman-teman. Siapakah sebenarnya aku kini. Setiap kali bersama yang lain kamu berubah sanggup tinggal aku adk sendiri, adakah kamu takut kata-kata hati lain "H ni kenapa mesti nak bawak jannah". Kamu snggup biarkan air mata dan esakkan sindirian kerana kelakuan kamu dan kamu tidak peduli.

Pesanan ringkas yang dulu kamu tak penat untuk balas, tak pernah tiada walaupun satu jam, panggilan tak pernah lepas waktu, jika salah seorang terlepas pandang miss call lebih dari 10, pesan berjela ayat merajuk "ada orang dah lupa abg"/"ada orang tu kan dah tak ingat adk" "janganlah cakap macam tu,sorry tak perasan bukan lupa"
kiniberhenti........

"Jannah tak yah lah tunggu H lagi"
"tak yah lah panggil abg lagi panggil H,tak pe"
"kenapa jannah?"
"H bukan baik pun, carilah pengganti......."

Aku sendiri sudah mati kata untuk luahkan pada kamu sedangkan dulu kamulah peminta cerita setia. Kamu berhenti bertanya, kamu mula tanya niatya untuk tahu jika aku bercerita di belakang kamu, kamu membuat seperti aku takkan tahu apa niat kamu, kamu mula berahsia "takpa lah biar H je yang simpan" kamu mula bersangka tanpa bertanya terus pada aku, kamu lebih mendengar pada mulut lain daripada aku.

Abg dah tak percaya pada adk kan? kerana peristiwa yang berlaku tapi abg sendiri lihat keadaan penyesalan semasa segalanya adk luahkan. Tapi adk rasa hukuman abg pada adk tak pernah berhenti dan abg masih tidak sedar adk relakan segalanya yang abg inginkan dan lakukan pada adk.
Kata-kata abg, bahasa abg, layanan abg.........
Abg tahu tak maki atau cacian boleh matikan pohon yang besar yang hidup berdaun apatah lagi hati seorang insan, apapun keadaan sekali pun sebenarnya tiada siapa yang mengajar kita mengunakan kata-kata kesat pada sesiapapun.

Adk tak sempurna tapi adk tak pernah ajar orang tuk jadi buruk seperti adk pernah jadi dalam hidup, adk tak pernah kata apa yang buruk pada diri adk kerana orang lain.
Adk sayangkan silaturrahim yang kita sama-sama ikat, jangan biarkan adk sorang je yang pertahankan.

Janagn.....

No comments:

Post a Comment